LUMIERE ARGAN OIL

Lumiere Cosmetic ditubuhkan pada tahun 2016 merupakan anak syarikat OSRA Group Sdn Bhd yang mana memfokuskan kepada industri kecantikan dan kesihatan.

Matlamat utama penubuhan Lumiere Cosmetic adalah untuk mengeluarkan produk produk kecantikan yang diperakui organik dan semulajadi supaya para pengguna dapat tampil cantik dan sihat tanpa sebarang produk bahan kimia yang selalunya mendatangkan kesan sampingan.  

Produk sulung dari Lumiere Cosmetic iaitu Lumiere Argan Oil adalah produk berasaskan buah argan yang diimport khas dari Morocco.



Minyak Argan dari buah pokok Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae. Ianya telah digunakan sebagai amalan penduduk Morocco selama ratusan tahun untuk menjaga kecantikan kulit, melambatkan penuaan, menyihatkan rambut dan kuku. Ianya juga digunakan oleh wanita Perancis dalam rutin kecantikan mereka.

Minyak ini sangat kaya dengan vitamin E dan memiliki pelbagai manfaat untuk mengatasi dan mencegah jerawat, menghilangkan bintik hitam, mencegah penuaan/kedutan, melembabkan dan melembutkan kulit secara semulajadi.

Tidak seperti minyak lain seperti minyak zaitun, minyak argan mudah menyerap ke dalam kulit dan sangat ringan menjadikannya penggunaannya tidak menyebabkan kulit kelihatan berminyak.
Dari zaman berzaman, minyak argan telah digunakan untuk merawat pelbagai kerosakan kulit, mencantikkan melicinkan wajah serta merawat rambut dan kuku.

Lumiere Argan Oil diperbuat dari 100% minyak argan asli yang mana diproses menggunakan teknik 'cold pressed' demi mengekalkan khasiat pada tahap optimum.

NEW PRODUCT!!!